kes jenayah yang berleluasa

Salam...........

apa khabar semua pembaca....harap semua orang sihat wala'afiat...sekarang ni banyak perkara yang mengganggu kesihatan kita...semakin maju teknologi di dunia nii makin banyak pencemaran yang berlaku...kes-kes jenayah p0n dah makin meningkat..manusia kadang-kadang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapat apa yang mereka inginkan...
setiap hari dalam berita kat Malaysia ni mesti ada berita berlaku tembakan la pembunuhan, rompakan, penculikan dan macam2 lagi jenayah yang menakutkan...betul tak? jadi saya sebagai perempuan perlu la menjaga keselamatan diri sendiri...lagi-lagi duduk berasingan dengan keluarga...kena pandai2 jaga diri...huhu

kenapa semua gejala yang bahaya ni jadi ek? apa sebabnya? adakah ini tanda2 akhir kiamat? banyak berlaku pembunuhan, pergaduhan dan lain2...oh sangat banyak persoalan di minda yang tak terjawab kan...

di mana perginya perikemanusiaan yang sepatutnya ada dalam diri setiap manusia? bukan kah sejak dari kecil kita sudah diajar untuk menjadi manusia yang berguna...jika seorang yang beragama Islam kita dah diajar untuk menjadi khalifah di muka bumi ini...menjadi hamba Allah yang memberi manfaat dalam dunia kepada diri sendiri dan makhluk Allah yang lainnya...

bagi yang bukan beragama Islam pula..mereka juga diajar untuk menjadi manusia yang baik dalam mata pelajaran moral..betul tak? tapi kenapa kita tidak mahu mematuhi peraturan2 yang ada di dunia...paling tidak p0n sebagai rakyat Malaysia patuhi la peraturan yang ada di Malaysia...

haa...tiba2 jadi emosional...huhu...siapa la kita untuk sombong di dunia ini...kita bukan la sempurna...hanya Allah sahaja yang layak untuk sombong...dia yang mencipta kita dan apa yang ada di langit dan bumi ini...sebagai hamba kita perlu mematuhi setiap arahannya dan jauhi setiap larangannya...janganlah kita bongkak kerana kita adalah sama sahaja dipandangan Allah...

dunia hanyalah tempat persinggahan sementara...akhirat lah yang kekal selamanya...

sekian sahaja untuk penulisan kali ini...saya hanya manusia biasa yang memerhati setiap perkara di dunia ini dan memberi pendapat mengenainya...


terima kasih kerana sudi singgah disini...
wassalam..........



No comments:

Post a Comment

k0men jangan xk0men...hehe

My Blog List

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...