Wednesday, April 17, 2013

Selamat Pagi!!!


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada gengbl0gger sekalian....

apa sarapan pagi anda harini???

Fakta kebaikan sarapan pagi....

Sarapan pagi sangat mustahak, pemilihan sajian  perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan kita. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.
Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.
Segelas susu di campur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin membeli minuman dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai untuk keperluan di pagi hari. Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersil.
  • Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan.
  • Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas
  • Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang
  • Membantu merendahkan tahap kolesterol.
Sumber maklumat : http://www.majalahsains.com/2012/02/sarapan-pagi-penting-atau-tidak/
  

2 comments:

  1. Selamat pagi... Dah sarapan, dah lapar balik dah ni...hehe. Menunggu waktu rehat utk makan tengahari pula.

    ReplyDelete
  2. tau pun.. yg uols xnak sarapan pagi tu apesal.. hehe~~

    ReplyDelete

k0men jangan xk0men...hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...